Produk Hafazan Al-Quran Terbaik untuk Anda!

Selamat datang ke blog Menara Warisan Merdeka. Sebelum anda membaca posting-posting lain dalam blog ini, saya mencadangkan supaya anda semua lihat dahulu produk yang ingin saya tawarkan.

Saya telah melihat kandungan ebook ini sepintas lalu, dan saya percaya sesibuk manapun anda, kaedah yang digunakan sangat berkesan. Sebab itu saya sarankan supaya saudara saudari juga membacanya. Klik di sini sekarang... untuk dapatkan ebook yang ditawarkan dan mula menghafaz seperti PRO!

FACEBOOK SEKAT ANTI MENARA WARISAN MERDEKA

From : source - malaysiakini

Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.

azlan
Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen \'1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower\', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet.

"Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru," kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat.

Facebook menerbitkan kenyataan ringkas : \"Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use\" (hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan).

Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu.

No comments: