Produk Hafazan Al-Quran Terbaik untuk Anda!
Selamat datang ke blog Menara Warisan Merdeka. Sebelum anda membaca posting-posting lain dalam blog ini, saya mencadangkan supaya anda semua lihat dahulu produk yang ingin saya tawarkan.
Saya telah melihat kandungan ebook ini sepintas lalu, dan saya percaya sesibuk manapun anda, kaedah yang digunakan sangat berkesan. Sebab itu saya sarankan supaya saudara saudari juga membacanya. Klik di sini sekarang... untuk dapatkan ebook yang ditawarkan dan mula menghafaz seperti PRO!
setuju!
mostly,semua sama je,asyik nak bangkang je kerja..ckp tu la,ni la tp habuk pun tarak..ckp membazir la tp cermin dulu diri sendiri,adakah anda tidak melakukan pembaziran?..apa yg dibuat mesti ada reasons dia..last2,anda semua pun akan jejak jugak kat bangunan tu kalau siap nnti..salam :)
I agree,but please show more detail about the project \'menara warisan\',tq
Pro dan Kontra pastinya ada, tapi saya percaya penelitian telah dibuat utk keputusan ini, takkan Kerajaan nak buat benda salah yg merugikan dari segi penyokong kerajaan skg ini dan ekonomi Malaysia kan? :)
It primarily uses PNB own fund to develop the area, suggesting the most profitable return of investment for them
Menara Warisan Merdeka tidak sentuh duit pelabur PNB
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa 'menyentuh' langsung dana pemegang unit amanahnya.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.
''Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),'' kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini.
Pada taklimat itu, beliau menyangkal spekulasi bahawa projek milik PNB akan menggunakan dana amanah saham dan juga dibiayai oleh kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa PNB akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, dua bangunan sejarah negara, yang turut terletak di kawasan yang sama.
Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion, dijangka siap pada tahun 2015.
Hamad Kama Piah tidak menolak kemungkinan PNB mendapatkan sumber pembiayaan lain tetapi ia tertakluk kepada sejauh mana usaha berkenaan mampu memaksimumkan pulangan daripada projek tersebut.
Katanya, projek pembangunan itu yang bakal disepadukan dengan dua bangunan warisan sejarah itu, akan dimajukan oleh PNB dan juga anak-anak syarikatnya tanpa menolak kemungkinan penyertaan mana-mana pelabur asing,
Beliau menambah, projek Warisan Merdeka yang dimiliki sepenuhnya PNB melalui PNB Merdeka Venture, adalah melibatkan pembangunan bercampur berkonsep bangunan hijau, di atas tapak seluas 19 ekar untuk tempoh pembangunan selama 10 tahun.
Katanya, selain menara yang bakal menempatkan ibu pejabat baru PNB, projek yang akan dimajukan dalam tiga fasa, akan turut mempunyai unit-unit kondominium dan kompleks membeli-belah.
''Ibu pejabat PNB sedia ada yang terletak di Menara PNB (Jalan Tun Razak) akan mencapai usia 30 tahun pada 2016 dan ia perlu dinaikkan tarafnya,'' tambah Hamad Kama Piah.
Beliau menegaskan, projek Warisan Merdeka bukanlah baharu dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah dirancang sejak 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000.
Katanya, sejak itu keperluan projek berkenaan terus dikaji dan Lembaga Pengarah PNB merasakan sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakannya setelah lama tertunda dan ketiadaan banyak projek besar dijangka memudahkan usaha mendapat kelulusan.
Selain itu, kata Hamad Kama Piah, projek berkenaan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau juga berkata, projek itu merupakan usaha PNB menukar kelas aset dan mempelbagaikan portfolio berbanding hanya tertumpu kepada pelaburan ekuiti.
Beliau mengakui projek itu kecil saiznya untuk dilaksanakan selama 10 tahun tetapi menyatakan tempoh masa yang ditetapkan dalam memajukan projek itu adalah strategi ke arah memaksimumkan pulangan.
Hamad Kama Piah menjelaskan, tidak timbul soal projek itu berdaya maju atau sebaliknya berikutan lambakan semasa ruang pejabat kerana sukar untuk menentukan masa yang dianggap benar-benar sesuai.
''Pembinaan projek ini tidak disegerakan sebelum ini bagi mengambil faedah tidak banyak bangunan hijau yang ada,'' kata beliau.
Hamad Kama Piah menambah, pelaksanaan projek ikonik adalah bertujuan mencetuskan minat ramai terhadap pembangunan di kawasan berkenaan dan serusnya meraih pulangan yang diharapkan.
Menara Warisan Merdeka 100 tingkat bukan projek bazir, kata Najib
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.
Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.
"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB."
Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.
"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.
Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.
Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.
Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara. – Bernama